Search This Blog

Wednesday, March 19, 2008

Kabinet: Ada pihak 'memberontak'?


Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang digugurkan hari ini, pula dijangka mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur esok.

Rafidah dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan mungkin juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa perlantikan tersebut dikatakan dibuat oleh Abdullah apabila Shahrizat dengan serombongan pegawai utama Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengatakan kepada Abdullah bahawa Rafidah akan meletakkan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Akibatnya, tiga Ahli Parlimen BN diberitakan akan menolak perlantikan oleh Abdullah - seorang dijangka menolak perlantikan sebagai menteri sementara dua orang lagi dijangka menolak perlantikan sebagai timbalan menteri

Terbaru Ahli Parlimen Kimanis, Sabah, Datuk Anifah Aman membuat kenyataan bahawa beliau menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan seperti yang diumumkan Abdullah petang semalam.

DALAM satu perkembangan yang belum disahkan. Khabar angin tersebar bahawa Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri menolak jawatan tersebut. Bagaimanapun sehingga jam 2.10 pagi ini, belum ada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak.

source klpos



No comments:

Search Box

Import - Export Business

Search Box